Islamic Widget

Segala Puji Bagi Allah

Kata-Kata Penyair

"Berbekalkan ketaqwaan,
kau tak tahu saat malam berlalu,
adakah ia menyisakan umur bagimu,
hingga fajar datang menjelang,
berapa ramai orang yang sihat,
meninggal tanpa ada penyakit,
berapa ramai orang yang sakit,
hidup lama sepanjang hayat,
berapa ramai remaja anak-anak belia,
memotong perjalanan umurnya,
jasad mereka terbujur lelap,
di kuburnya yang hitam dan gelap,
berapa ramai mempelai wanita,
berhias untuk suami tercinta,
ajal tak dapat lagi ditunda,
pada saat malam pertama,
berapa ramai muda dan mudi,
pagi berasmara petang bersenang hati,
tiada pengetahuan yang terpaut,
kain kafannya sedang dirajut(dijahit)"

Di mana hatiku?Di mana hatimu?














"Carilah hatimu sewaktu membaca Al-Quran,
jika kamu tidak temui maka
carilah hatimu ketika mengerjakan solat...
Seandainya tidak temui juga,
carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati,
jika tetap gagal menemuinya...
berdoalah kepada Allah pintalah hati yang baru...

Sesungguhnya hati itu milik Allah. Carilah hatimu, ketenanganmu, kesungguhanmu, juga keikhlasanmu dalam setiap amalmu. Kerana hati ini miliknya, dan hanya dia yang mengetahui isinya. Pohonlah padanya agar dilembutkan hati untuk merasai ketakutan azab-azabnya. Pohonlah diberi kefahaman dan penghayatan tika membaca ayat-ayatnya. Pohonlah diberi ketenangan dalam menjalani hidup seharian sebagai hambaNya. Pohonlah diberi keikhlasan dalam setiap amalan kita. Jika tak berjaya juga, pohonlah padanya agar dikurniakan hati yang baru, kerana hati yang kita miliki saat ini mungkin bukan yang terbaik untuk kita..

Buta Sebenar Bukan Buta Mata Tetapi Buta Hati

"Sememangnya hidup ini merupakan jalinan kesusahan dan kebahagiaan,
kebuntuan dan jalan keluar"

Jom sama-sama kita hayati kisah ni!
Seorang suami kaya yg hidup bahagia kerana mempunyai seorang isteri yg mencintai dan setia kpdnya,seorang anak lelaki yg baik,dan sejumlah sahabat yg jujur.Segalanya serba-serbi sempurna kecuali satu,ia buta.Kebutaan itu menyebabkan ia tidak dapat melihat kebahagiaannya dgn kedua-dua matanya sendiri.Justeru itu tidak menghairankan apabila lelaki buta ini sentiasa berusaha dan berharap ia akan dpt melihat secercah sinar,menjadi org yg dapat melihat dgn kedua-dua matanya.

Ada org memberitahu lelaki buta itu bahawa di kwsn tempat tinggalnya ada seorang tabib yg pakar mengubati pelbagai penyakit.Ia pun segera pergi menemuinya dan berubat kpdnya.Si tabib tu pun memberinya air dan menyuruh supaya air itu digunakan secara teratur.Tabib itu berkata kpdnya:
"Jika anda menggunakan air itu secara teratur.anda akan dapat melihat bila-bila masa."

Orang buta itu pun berubat dgn patuh dan tekun sebagaimana anjuran si tabib.Selepas ia berubat beberapa hari,tiba2 ia dpt melihat cahaya ketika duduk di halaman rumahnya.Kerana rasa gembira,haru dan senang,ia meluru masuk ke dlm rumah utk memberitahu keadaan dirinya kpd isteri tercintanya.Sebaik shj sampai di rumah ia melihat isterinya sdg berlaku curang dgn org lain di bilik tidurnya sendiri.Dia hampir tidak percaya apa yg sdg ia lihat.Lalu ia pergi ke bilik yg lain dan ia mendapati anaknya sdg membuka almari besinya utk mencuri harta simpanannya.Dia kembali ke biliknya sambil berteriak:"Ia bukan seorang tabib!Ia adalah tukang sihir yg terkutuk!"Akhirnya ia mengambil paku dan terus menusuk matanya,dan slps itu ia menikmati kebahagiaannya semula.

Kesedihan dan kemurungan lebih berbahaya daripada penyakit fizikal.

"Sekali-kali tidak akan dpt disusuli;
sesungguhnya Tuhanku bersamaku,kelak Dia akan memberi
petunjuk kepadaku."







HATI SAKIT VS BADAN SAKIT

Bagaimana kalau tiba-tiba kita jatuh sakit?Tekak kita jadi pahit,selera kita jadi sempit.Ketika itu,hidangkanlah makanan selazat mana sekalipun,lidah kita akan menolaknya.Yang manis terasa pahit.Segala-galanya bertukar menjadi hambar,kelat dan meloyakan.Kenapa jadi begitu?Apakah makanan itu yang berubah rasa atau lidah kita yang berubah selera?

Sebenarnya makanan tetap sedap tetapi lidah kita yang tidak berupaya merasa kerana badan kita sakit.Begitulah hati kita apabila degil untuk tidak mencintai Allah.Bukan kerana cinta Allah itu tidak agung,tidak hebat,tidak indah tetapi hati yang sakit tidak akn berupaya menikmatinya. Orang yang degil mempunyai hati yang sakit.Hati yang sakit ini jika dibiarkan akan menjadi hati yang mati.Tentang hati yang mati Ibn Ataillah al-Askandari telah berkata:

"...tidak berasa sedih atas luputnya amal ketaatan dan tidak menyesal dengan maksiat yang telah dilakukan." Hati yang sakit tidak akan memberi ketenangan kepada empunya. Tanpa ketenangan,tidak ada kebahagiaan.Orang yang tidak mencintai Allah pasti tidak akan bahagia dalam hidupnya."Sakit"hati ini lebih buruk akibatnya daripada sakit fizikal.Jika sakit fizikal akan menyebabkan kita menderita di dunia,sakit hati akibat tidak mencintai Allah akan menyebabkan kita menderita di dunia dan akhirat.Jika sakit fizikal seksanya berakhir dengan kematian,tetapi "sakit"hati seksanya tidak akan berakhir-dari dunia sehinggalah ke neraka.
sumber:Solusi Isu#23.18

SAKIT HATI

Di antara macam-macam penyakit hati adalah SAKIT SYUBHAT.
Ini adalah penyakit yg paling berbahaya di antara penyakit-penyakit hati dan paling berbahaya bagi seorang Muslim dan paling merosak hatinya. Jika seorang Muslim terkena penyakit ini,maka dia boleh mengubatinya dengan cara berikut:

1.Membaca Al-Quran,merenungkan isinya dan menikmati manisnya.
Allah s.w.t berfirman:
"(Iaitu)orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.Ingatlah,hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram.Orang-orang yang beriman dan beramal soleh,bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik."
(ar-Ra'd:28-29)
Kemudian firman Allah yang bermaksud:
"Orang-orang yg beriman dan beramal soleh,bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yg baik." (Yunus:57)
Firman Allah yang bermaksud:
"Dan kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian."

2.Berserah diri kepada ketentuan dan hukum Allah
Allah s.w.t.berfirman yang bermaksud:
"Maka demi Tuhanmu,mereka (pada hakikatnya)tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan,kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan,dan mereka menerima dengan sepenuhnya."(An-Nisa':65)

JAGALAH HATI JANGAN KAU KOTORI

Nabi Muhammad pernah berkata"Dalam diri manusia terdapat satu gumpal daging,sekiranya daging itu baik,baiklah juga seluruh manusia,tapi sekiranya ia busuk,maka busuklah seluruh manusia itu. daging itu adalah hati."Persoalannya,dapatkah seorang menjadi individu yg kamil sekiranya hatinya busuk?

Pesanan Nabi Muhammad itu adalah bekal terbaik kpd semua dlm usaha menjadi individu kamil.Pakar psikologi dan tingkah laku organisasi di Amerika mencari formula terkini dan terbaik dalam usaha mengembalikan kepercayaan umum selepas krisis kredibiliti konglomerat besar tenaga,Enron dan Worldcom.Mereka sebenarnya tidak memerlukan teori pengurusan yg lebih baik,komputer yg lebih canggih ataupun sistem pencegah rasuah yg terbaik.Mereka hanya memerlukan seorang syarikat dan pegawai yang dapat mengurus HATInya.

Orang yg mempunyai hati yg bersih,secara automatik memiliki suatu kuasa magnet yg luar biasa.kata-katanya dapat meyakinkan lawan bicaranya.Sikapnya menunjukkan yg dia sentiasa diawasi oleh Tuhan.Jelas kelihatan padanya hanya redha Tuhan yg diharapkan.

Dua kunci menguruskan hati;
1.Membiasakan diri membersihkan hati.
2.Berazam meningkatkan kemampuan diri dalam pelbagai bidang.

Hamka menulis,akal itu diisi dgn ilmu manakala hati diisi denagn agama. Menjadi individu yg superb bermakna memelihara agama dan meletakkan agama di atas dakapan yg lain.Sekiranya kita mahu,kuncinya adalah jujur.Dengan bermodalkan kejujuranlah terciptanya rasa percaya pada orang lain.Nabi Muhammad menjadi Rasul pd umur 40 tahun.Namun,beliau membina kredibiliti sebagai seorang yang boleh dipercayai iaitu Al-Amin.
sumber:(Dato'Dr Fadzilah Kamsah&Ahmad Naim Jaafar)



Hati adalah raja dalam diri manusia.Hati ialah tempat letaknya keyakinan seorang hamba terhadap Tuhan-Nya.Hati juga sasaran syaitan untuk menyesatkan manusia.Hati yang baik sentiasa mencetuskan kedamaian dan ketenangan dalam diri,keluarga dan masyarakat.

Thank you Allah

Thank you Allah

All Praises To Allah

"Wanita yg bijaksana mampu mengubah sahara yg gersang menjadi taman yang segar menghijau"

Butterfly Meadow Layout

Grab This Layout: Butterfly Meadow Layouts - Comments - Graphics

Pages